14.10.2019
Categories: industry, training

BELANJAWAN 2020 GALAK PERNIAGAAN BERALIH KEPADA RUANG TEKNOLOGi

Peruntukan menggalakkan untuk mengaplikasi pendigitalan dalam Belanjawan 2020, menunjukkan kerajaan secara aktif menggalakkan lebih banyak perniagaan tempatan bergerak segera ke dalam bidang teknologi, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Surina Shukri, berkata peruntukan sebanyak RM70 juta untuk membina 14 Pusat Peningkatan Digital (DEC) setempat, akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab teknologi dan digital di rantau ini kerana ia akan memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembinaan keupayaan untuk perniagaan, khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Menerusi belanjawan itu, MDEC akan terus mengurus dan menambah baik Program Percepat Transformasi Digital (DTAP). Dilancarkan kira-kira setahun lalu, program ini menawarkan syarikat Malaysia pendekatan berstruktur kepada transformasi digital.”

 

Baca berita selanjutnya @ BERITA HARIAN